PENGENALAN KEPADA ARKEOLOGI
APA ITU ARKEOLOGI? Perkataan 'Arkeologi' berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'archaios' dan 'logos' yang bermaksud purba dan ilmu. Arkeologi ialah ilmu kajian tentang masa lampau berdasarkan peninggalan lama yang telah ditinggalkan daripada waktu silam dengan menggunakan pendekatan eksavasi atau cari gali. Ilmu ini tidak hanya berfokuskan kepada aspek kebendaan yang bersifat buatan manusia(artifak) sahaja tetapi juga yang bersifat bukan buatan manusia(non-artifak/ eko-fak). 1) Arkeologi Baru Arkeologi Baru juga dikenali sebagai ‘processual archaelogy’ ditemukan oleh Lewis Binford pada 1960. Kaedah ini menekankan kepada penyelidikan yang bersifat saintifik berdasarkan data yang diperoleh dengan sistematik dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang lain seperti ilmu sejarah, geologi dan lain-lain. Dengan penggunaan pelbagai pendekatan yang lain, maka pengetahuan tentang arkeologi akan dapat diketahu dengan lebih jelas dan tepat. 2)