Posts

Showing posts from March, 2018

JENIS-JENIS BATU

Image
Jenis batu-batuan di Malaysia Batuan tertua di Malaysia mula diendapkan sebagai sedimen di Langkawi sekitar 550 juta tahun dahulu atau disebut sebagai ‘Zaman Kambria’ pada skala geologi. Evolusi geologinya bermula dari pembentukan jasad batuan yang tertua, dan diikuti oleh pembentukan unit batuan yang lebih muda dan akan berterusan dari semasa ke semasa. Struktur atau ciri tertentu akan turut terhasil selama tempohproses pembentukan batuan tersebut. Pada dasarnya, batuan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : Batuan Igneus Batuan Igneus menghablur daripada batuan lebur yang disebut sebagai magma. Cara penyejukan magma akan menentukan jenis-jenis batuan igneus yang terbentuk. Misalnya, batuan igneus plutonik (rejahan) terbentuk apabila magma menghablur di dalam kerak bumi. Batuan Igenus volkanik (terobosan) pula terbentuk apabila magma yang sampai ke permukaan bumi yang mengalir sebagai lava mengalami proses penyejukan dan penghabluran secara pantas. Sub-jenis ba

HUMAN FAMILY TREE

Image
Teori Human Family Tree ini merupakan satu teori yang dikemukakan oleh Charles Darwin yang berkaitan tentang evolusi yang dialami oleh moyang manusia berjuta-juta tahun dahulu. Teori ini mengaitkan manusia berevolusi daripada haiwan primat iaitu beruk. Namun teori ini dipertikaikan kebenarannya kerana ketiadaan fakta sahih  dan tentangan daripada ahli ilmuan agama terutamanya dari Islam yang menetapkan bahawa manusia berasal dari keturunan manusia yang sempurna akal dan fizikalnya iaitu Nabi Adam A.S dan Hawa. Teori ini dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Ardhipithecus, Australopithecus, Paranthropus dan yang terakhir ialah Homo. Kelas Ardipithecus Kelas spesies yang tertua dalam teori Human Family Tree. Ia menghuni bumi sekitar 7 hingga 4 juta tahun dahulu. Antara sub-spesies ini ialah: - Sahelanthropus-tchadensis(6 - 7 juta tahun dahulu)   adalah sub-spesies yang tertua. Menetap di Barat-Tengah Afrika yang merupakan Negara Chad pada hari ini. Spesies ini berjalan sec