JENIS-JENIS BATU
Jenis batu-batuan di
Malaysia
Batuan tertua di Malaysia mula diendapkan sebagai sedimen di
Langkawi sekitar 550 juta tahun dahulu atau disebut sebagai ‘Zaman Kambria’
pada skala geologi. Evolusi geologinya bermula dari pembentukan jasad batuan
yang tertua, dan diikuti oleh pembentukan unit batuan yang lebih muda dan akan
berterusan dari semasa ke semasa. Struktur atau ciri tertentu akan turut
terhasil selama tempohproses pembentukan batuan tersebut.
Pada dasarnya, batuan dapat dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu :
Batuan Igneus
Batuan Igneus menghablur daripada batuan lebur yang disebut
sebagai magma. Cara penyejukan magma akan menentukan jenis-jenis batuan igneus
yang terbentuk. Misalnya, batuan igneus plutonik (rejahan) terbentuk apabila
magma menghablur di dalam kerak bumi. Batuan Igenus volkanik (terobosan) pula
terbentuk apabila magma yang sampai ke permukaan bumi yang mengalir sebagai
lava mengalami proses penyejukan dan penghabluran secara pantas.
Sub-jenis batuan Igneus |
Batuan Sedimen
Batuan sedimen terbentuk di permukaan bumi yang terdiri
daripada batuan lain yang terluluhawa, serpiha-serpihan batuan, pertiekl
lempung, bahan kimia terlarut dan tinggalan-tinggalan organisma hidup yang
mengalami proses pemendapan dan pemadatan selama beratus ribu tahun.
Batuan ini pada mulanya merupakan sedimen yang dibawa
Bersama-sama oleh arus sungai dan kemudiannya diendapkan di dalam tasik dan
lautan. Ketika proses pemendapan, sedimen ini akan kehilangan air dan tersimen
keras lalu membentuk batuan. Batuan sedimen biasanya mempunyai lapisan-lapisan
yang jelas.
Sub-jenis batuan Sedimen |
Batuan Metamorph
Batuan metamorph terbentuk di dalam bahagian kerak bumi
apabila tekanan dan suhu yang tinggi di persekitarannya mengubah atau
menukarkan kandungan mineral-mineral di dalam batuan yang lebih tua. Tekstur,
keadaan dan komposisi kimia batuan tersebut boleh diubah oleh suhu daripada
magma ataupun tekanan akibat pergerakan plat-plat benua. Jenis batuan metamorph
yang terbentuk bergantung kepada jenis bahan batuan asal dan keadaan suhu serta
tekanan di persekitarannya.
Sub-jenis batuan Metamorph |
Comments
Post a Comment