Posts

Showing posts from April, 2018

PEKING MAN

Image
Ilustrasi gambaran hidup Homo-Erectus (Peking Man) di Zhoukoudian. Pada tahun 1929 hingga 1937, 14 serpihan kranium, 11 rahang bawah, banyak gigi, beberapa tulang rangka dan banyak alat batu ditemui di bahagian bawah satu gua di Locality 1 (Tempat 1) dari tapak penemuan rangka Peking Man di Zhoukoudian, berhampiran Beijing, di China. Umur mereka dianggarkan berusia di antara 500,000 hingga 300,000 tahun yang lampau. Sejumlah fosil manusia moden (homo-sapiens) juga ditemui di bahagian atas satu gua di tempat yang sama pada tahun 1933. Fosil yang paling lengkap, yang semuanya adalah rangka otak atau skullcaps, adalah: ·          Tengkorak III, yang ditemui di Locus E pada tahun 1929 adalah remaja atau remaja dengan saiz otak 915 cc. ·          Tengkorak II, ditemui di Locus D pada tahun 1929 tetapi hanya dikenali pada tahun 1930, adalah orang dewasa atau remaja dengan saiz otak 1030 cc. ·          Tengkorak X, XI dan XII (kadang-kadang dipanggil LI, LII dan LIII) ditemu

KAEDAH PENTARIKHAN MUTLAK

Pentarikhan Mutlak Di dalam ilmu pengajian arkeologi, antara aspek yang terpenting dan utama ialah usia sesuatu artifak itu. Oleh itu, ahli arkeologi menggunakan kaedah pentarikhan bagi mengetahui tentang usia artifak tersebut. Dua kaedah pentarikhan yang digunakan iaitu pentarikhan mutlak dan pentarikhan relatif bagi mendapatkan pentarikhan yang tepat dan cukup meyakinkan. Pentarikhan yang pertama ialah pentarikhan mutlak yang juga dikenali sebagai pentarikhan kronometrik. Kaedah pentarikhan ini menggunakan prinsip radiasi. Antara sub-jenis pentarikhan ini ialah radiokarbon (c-14), termoluminescence (TL), uranium-series dating dan sebagainya. Kaedah Radiokarbon (c-14) Pentarikhan radiokarbon atau juga dikenali sebagai pentarikhan karbon 14 ialah salah satu jenis pentarikhan yang kerap digunakan dalam bidang pentarikhan arkeologi. Kaedah ini diperkenalkan oleh Willard Libby iaitu seorang ahli kimia Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua. Pentarikhan ini berfungsi deng

JENIS-JENIS MANUSIA

Image
JENIS MANUSIA PRA-SEJARAH ‘Homo’ merujuk kepada manusia dan bukan beruk. Ia terdiri daripada pelbagai sub-jenis antaranya Homo-Habilis, Homo-Erectus, Homo-Floresiensis dan yang terakhir ialah Homo-Sapiens yang merupakan nenek moyang kepada manusia moden. Selain itu, terdapat juga spesies manusia yang lain seperti Homo-Neanderthalensis dan Homo-Heidelbergensis. Setiap homo ini memilik ciri-ciri unik yang tersendiri dan memiliki ukuran kranial yang berbeza antara satu sama lain. 1)        Homo-Habilis Homo-Habilis berusia lebih kurang 2.3 hingga 1.4 juta tahun dahulu. Fosil manusia ini banyak ditemukan di benua Afrika. Antaranya ialah Olduvai Gorge dan Lake Turkana di Kenya. Pada tahun 1960, Louis Leakey menemukan tulang rahang yang diberi nama ‘OH7’. Mengikut fosil tersebut ditemukan bahawa ia mempunyai ciri-ciri Homo-Habilis seperti yang berikut iaitu: -          memiliki saiz kranial atau saiz otak yang kecil sekitar 500-800cm. Fosil OH7 memiliki isipadu kranial sebanyak

LOKASI TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI DI MALAYSIA

Image
LOKASI TAPAK ARKEOLOGI DI MALAYSIA 1)        Gua Harimau, Lenggong, Perak Gua Harimau mula diekskavasi oleh Williams-Hunt pada 1951. Antara jumpaan yang terdapat dari tapak ekskavasi tersebut ialah 11 rangka fosil, kapak gangsa, beliung, tembikar serta sisa makanan. Bermula tahaun 1987, Universiti Sains Malaysia mula melakukan kajian lanjutan terhadap tapak ekskavasi tersebut. Gua Harimau merupakan satu tapak pra-sejarah yang penting di Malaysia. Ia merupakan lokasi yang menemukan kebudayaan zaman gangsa yang paling awal di negara ini. Pentarikhan radio-karbo yang dilakukan ke atas fosil di situ adalah berusia 3,000 hingga 4,000 tahun dahulu. Ekskavasi yang dilakukan turut menemukan pengkebumian yang merangkumi dua zaman iaitu zaman Neolitik dan zaman Gangsa. Ia juga ditemukan dengan artifak kapak gangsa yang lengkap dengan acuannya dalam keadaan tidak terganggu. Selain itu, alatan lain seperti tembikar, kalong, anting siput dan gelang juga ditemui di tapak pra-sejara