KAEDAH PENTARIKHAN MUTLAK


Pentarikhan Mutlak
Di dalam ilmu pengajian arkeologi, antara aspek yang terpenting dan utama ialah usia sesuatu artifak itu. Oleh itu, ahli arkeologi menggunakan kaedah pentarikhan bagi mengetahui tentang usia artifak tersebut. Dua kaedah pentarikhan yang digunakan iaitu pentarikhan mutlak dan pentarikhan relatif bagi mendapatkan pentarikhan yang tepat dan cukup meyakinkan.
Pentarikhan yang pertama ialah pentarikhan mutlak yang juga dikenali sebagai pentarikhan kronometrik. Kaedah pentarikhan ini menggunakan prinsip radiasi. Antara sub-jenis pentarikhan ini ialah radiokarbon (c-14), termoluminescence (TL), uranium-series dating dan sebagainya.

Kaedah Radiokarbon (c-14)
Pentarikhan radiokarbon atau juga dikenali sebagai pentarikhan karbon 14 ialah salah satu jenis pentarikhan yang kerap digunakan dalam bidang pentarikhan arkeologi. Kaedah ini diperkenalkan oleh Willard Libby iaitu seorang ahli kimia Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua.
Pentarikhan ini berfungsi dengan melihat berapa kuantiti karbon-14 yang masih berada dalam sesuatu bahan artifak untuk menentukan berapakah usianya . Semakin kurang karbon dalam bahan artifak tersebut, maka semakin lama usia bahan tersebut.
Setiap benda hidup atau organisma mempunyai kandungan karbon. Sampel yang dapat digunakan ialah organisma hidup kerana organisama hidup mengandungi karbon seperti kayu, cengkerang dan tulang. Had usia sesuatu organisma adalah bermula dari 1000 - 40 000 tahun.
Namun, apabila organisma itu mati, kandungan C 14 sudah tidak dapat diperoleh dan mula menyusut melalui penyusutan radioaktif. Karbon 14 mencapai separuh hayat iaitu 5730 tahun dan menyusut sepenuhnya kira-kira 50 000 tahun.
Pengetahuan tentang capaian atom karbon dalam separuh hayat itu membolehkan ahli sains mampu untuk mengkaji tarikh sebenar artifak yang ditemui dengan meneliti baki karbon yang tinggal dalam artifak  tersebut dengan mengunakan kecanggihan sains dan teknologi. Usia Perak Man yang ditemui di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak adalah ditentukan berdasarkan kaedah pentarikhan ini.

Kaedah Termoluminisen (TL)
Thermoluminescence (TL) atau juga dikenali sebagai Termo pendar kilau merupakan pentarikhan berdasarkan electron yang terperangkap. Kaedah Termoluminisen digunakan untuk menentukan usia bahan yang bukan organik dengan cara menghitung electron yang terperangkap dalam pembakaran pada waktu lepas. Kaedah ini dilakukan dengan cara memanaskan sampel kepada suhu yang tinggi. Suhu yang tinggi akan menyebabkan elektron dalam bahan bukan organic misalnya batu akan terhapus atau terbebas dari dalam batu tersebut.
Kaedah ini dapat menentukan usia sesuatu artifak sehingga 50 000 tahun. Tembikar adalah contoh bahan yang boleh mengunakan kaedah ini kerana ia  pernah melalui proses pembakaran. Tembikar diperbuat daripada tanah liat dan tanah liat pula mengandungi Termoluminisen. Bagi meghasilkan tembikar, tanah liat harus dibentuk dahulu dengan sempurna dan dikeraskan melalui proses pembakaran. Semasa pembakaran berlaku semua TL akan terbebas sepenuhnya hingga sifar.
Namun, setelah pembakaran selesai dan proses penyejukkan berlaku atau ditimbus dengan tanah sejajar dengan itu TL kembali terserap semula secara semulajadi. Oleh itu bagi menentukan usia artifak tersebut, tembikar yang tertimbus dalam tanah akan dibakar semula dan semua TL yang dikeluarkan semasa pembakaran kali kedua ini akan dikumpulkan untuk pengiraan usia artifak. Jadi, semakin banyak TL yang terkumpul dalam artifak, maka semakin tua lah artifak tersebut.
Kaedah ini telah digunakan di Nigeria terhadap penemuan kepala Jemaa yang diperbuat dari tanah liat jenis terakota yang dipercayai dihasilkan pada 500 sebelum Masihi oleh masyarakat Nok.

Uranium-series Dating
Juga dikenali dengan nama Uranium-Thorium dating, Thorium-230 dating, Uranium-series Disequilibrium dating & Uranium series dating. Pentarikhan siri uranium merupakan pentarikhan yang dilakukan berdasarkan kepada pereputan isotop radioaktif uranium.
Kaedah ini dilakukan berdasarkan pereputan isotop radioaktif uranium. Teknik ini dijalankan untuk menentukan tapak/tinggalan arkeologi yang berusia 50,000-1,000,000 tahun. Pada proses tersebut dua isotop radioaktif uranium (238U dan 235U) mengalami pereputan dalam suatu siri tahapan menjadi unsur-unsur berkembar iaitu thorium (230Th) dan protactinium (231Pa).
Perlu diketahui bahawa isotop induk uranium mencair dalam air, sementara thorium dan protactium tidak. Dengan demikian hanya isotop uranium yang ada di dalam air dan dapat menyerap masuk ke dalam gua batu kapur. Apabila air tersebut terenap dan membentuk lapisan kalsium karbonat pada dinding dan dasar gua (dalam bentuk traventin), jam radioaktif akan hidup kerana material traventin bersamaan dengan isotop induk. Semakin besar jumlah thorium berkembar (thorium dan protactinium) terperangkap pada traventin dan protactinium dalam kaitannya dengan isotop induk uranium, semakin tua umur traventin. Sampel yang diperlukan untuk mendapatkan umur adalah 100g kalsium karbonat.
Kaedah ini dilakukan terhadap lapisan luaran yang menyelaputi artifak atau tinggalan fosil. Sebagai contoh, kaedah ini dilakukan ke atas lapisan luar tulang di mana fosil seperti tengkorak hominid yang digali di kawasan yang banyak batu kapur yang menyebabkan lapisan luar fosil diselaputi kalsium karbonat. Dengan melakukan kaedah pentarikhan uranium, status ‘ante quem’ dapat diketahui.
Antara contoh kesan penggunaan kaedah ini ialah wujud nggaran usia baru mengenai hominid China "Manusia Nanjing" (dikelaskan Homo erectus) menentukan bahawa fosil tersebut berusia kira-kira 600,000 tahun. Ini lebih kurang 200,000 tahun lebih tua dari yang asalnya berfikir. Tarikh-tarikh adalah berdasarkan pentarikhan uranium/thorium pada batu di atas dan bawah fosil. Tarikh baru ini menunjukkan bahawa penghijrahan Homo Erectus dari Afrika ke China bermula lebih awal dari yang asalnya.

Comments