JENIS-JENIS MANUSIA


JENIS MANUSIA PRA-SEJARAH
‘Homo’ merujuk kepada manusia dan bukan beruk. Ia terdiri daripada pelbagai sub-jenis antaranya Homo-Habilis, Homo-Erectus, Homo-Floresiensis dan yang terakhir ialah Homo-Sapiens yang merupakan nenek moyang kepada manusia moden. Selain itu, terdapat juga spesies manusia yang lain seperti Homo-Neanderthalensis dan Homo-Heidelbergensis. Setiap homo ini memilik ciri-ciri unik yang tersendiri dan memiliki ukuran kranial yang berbeza antara satu sama lain.


1)      Homo-Habilis
Homo-Habilis berusia lebih kurang 2.3 hingga 1.4 juta tahun dahulu. Fosil manusia ini banyak ditemukan di benua Afrika. Antaranya ialah Olduvai Gorge dan Lake Turkana di Kenya. Pada tahun 1960, Louis Leakey menemukan tulang rahang yang diberi nama ‘OH7’. Mengikut fosil tersebut ditemukan bahawa ia mempunyai ciri-ciri Homo-Habilis seperti yang berikut iaitu:
-          memiliki saiz kranial atau saiz otak yang kecil sekitar 500-800cm. Fosil OH7 memiliki isipadu kranial sebanyak  680 cc.
-          memilik persamaan dari segi rupa dengan beruk.
-          memiliki ketinggian sekitar 157cm untuk lelaki dan 118cm untuk wanita.
-          tengkoraknya adalah nipis dan bulat.
-          bahagian bawah cranium adalah pendek dari belakang lelangit hingga hujung tengkorak yang berbeza daripada ‘gracile australopiths’ yang memiliki cranium yang sempit dan memanjang.

Gambaran artis tentang Homo-Habilis yang menunjukkan persamaan fizikal dengan beruk.


2)      Homo-Erectus
Homo-Erectus juga dikenali sebagai Upright Man. Berusia kira-kira 1.9 juta tahun dahulu. Berasal dari Afrika Timur dan menyebar dari sana sehingga ke India dan Jawa. Homo-erectus memiliki saiz kranial yang lebih besar dibandingkan dengan Homo-Habilis. Antara penemuan pertama Homo-Erectus ialah ‘Java-men’ oleh Dr.Eugene Dubois di Trinil di Jawa Timur dan juga ‘Peking Man’ di China. Selain itu di Afrika juga terdapat Homo-Erectus yang terkenal iaitu Turkana Boy. Antara ciri-ciri Homo-Erectus ialah:
-          memiliki isipadu kranial sebanyak 900cc (ukuran kranial manusia moden ialah 1300+cc).
-          berjalan tegak dan memiliki ketinggian sekitar 165-180cm.
-          memiliki kaki yang panjang serta tangan yang pendek.
-          pandai menggunakan alatan dan api.
-          wajah yang menonjol ke depan dan dahi yang terkebelakang.



3)      Homo-Floresiensis
Spesies Homo-Floresiensis dipercayai hidup sekitar 100,000 hingga 50,000 tahun dahulu. Ia juga digelar sebagai ‘Hobbit’. Ia ditemui Liang Bua di Kepulauan Flores di Indonesia pada tahun 2003. Ia merupakan antara rangka manusia pra-sejarah yang paling akhir ditemui. Antara ciri-ciri spesies Homo-Floresiensis ialah:
-          memiliki ukuran badan yang kecil iaitu 3 kaki 7 inci ( 1.1m)
-          ukuran kranial yang kecil.
-          pandai menggunakan alatan batu dan api.
-          kaki yang besar serta pendek dan dahi yang surut.
-          mengamalkan hidup berburu.

Gambaran artis tentang wajah manusia Homo-Floresiensis (Hobbit).

4)      Homo-Sapiens
Ia bermaksud ‘wise men’. Homo-Sapiens ialah spesies Homo yang paling hampir dengan manusia moden. Ia juga merupakan spesies yang paling cerdas dan memilik fizikal yang hampir sama dengan manusia moden. Ia dikatakan berusia 300,000 hingga 160,000 tahun dahulu di Afrika dan berkembang ke seluruh dunia sehingga ke hari ini. Antara ciri-ciri Homo-Sapiens ini ialah:
-          sudah mempunyai pembahagian tugas dan struktur organisasi.
-          mempunyai volume otak antara 1,000 cc – 1,200 cc.
-          tinggi badan sekitar 130 – 210 cm.
-          otot di leher sudah mengalami penyusutan.
-          gigi serta rahang mengalami penyusutan.
-          berdiri dan berjalan dengan tegak.
-          mempunyai ciri seperti ras Mongoloid dan Austramelanosoid.



5)      Homo-Neanderthalensis
Ia merupakan saudara yang terdekat dengan Homo-Sapiens. Spesies ini telah pupus dan mereka dipercayai menghuni bumi ini  sekitar 400,000 hingga 40,000 tahun dahulu. Spesies ini menghuni Benua Eropah dan berkembang ke Asia Tengah. Antara ciri-ciri Homo-Neanderthalensis ini ialah:
-          memiliki tubuh yang rendah untuk beradaptasi dengan musim sejuk.
-          tinggi badan sekitar 165-168cm.
-          tulang pipi yang bersegi/bersudut.
-          hidung yang besar berkemungkinan untuk menyesuaikan diri dengan persekitran yang sejuk.


6)       Homo-Heidelbergensis
- Spesies manusia yang telah pupus ini merupakan antara yang pertama menyesuaikan diri dengan hidup di dalam iklim sejuk. Ia mempunyai ciri-ciri persamaan di antara 2 spesies Homo yang lain iaitu Homo-Erectus dan Homo-Sapiens. Spesies ini berasal dari Afrika sebelum berhijrah ke benua Eropah dan berevolusi menjadi Homo-Neanderthalensis. Antara ciri-ciri manusia spesies ini ialah:
- memiliki tulang atas mata(browridge) yang besar dan memiliki wajah yang rata.
- berbadan rendah dan lebar untuk menyesuaikan diri dengan iklim sejuk.
- dipercayai merupakan antara manusia terawal yang mengamalkan pemburuan secara rutin                  dan      menggunakan alat berburu seperti tombak.
- merupakan spesies terawal yang membina tempat tinggal daripada kayu dan batu.

Tengkorak Homo-Heidelbergensis yang menampakkan ciri khas iaitu tulang browridge yang besar.

Comments