Posts

Showing posts from May, 2018

ETNIK ATAU WARGA?

Image
Pada 2018, negara ini baru sahaja mengalami kejutan politik dalam pilihanraya akhir-akhir ini. Kerajaan pimpinan parti politik yang selama ini dikatakan begitu ‘hebat’ dan ‘kebal’ telah ditumbangkan oleh parti baharu pilihan rakyat yang ingin melihat transformasi sebuah negara dan pucuk pimpinan yang lebih baik. Usai kemenangan yang dicapai oleh ‘bekas pembangkang’, maka banyaklah jari-jari yang memuat naik status ke laman Instagram masing-masing. Antara gimik yang paling kerap dan ghairah di’upload’kan ialah “I am not a Malay/Chinese/Indian, I am Malaysian”. Yang menjadi soal ialah sejak bila kita perlu menghapuskan identiti kaum kita untuk menjadi seorang rakyat di sebuah negara yang bernama Malaysia? Sedangkan perlembagaan mengiktiraf hak pelbagai kaum di Malaysia. Perlu diingatkan bahawa Malaysia tidak hanya dibentuk oleh tiga kaum sahaja. Selain Melayu, Cina & India, masyarakat Malaysia juga terdiri daripada Orang Asli (Semai, Jakun dan Senoi), bumiputra Saba

ALAT-ALAT BATU PRA-SEJARAH

Image
      Pembuatan alat batu yang paling awal dibangunkan adalah sekurang-kurangnya 2.6 juta tahun dahulu. Zaman Batu Awal termasuk alat batu batu paling asas yang dibuat oleh manusia awal. Zaman Batu Awal di Afrika bersamaan dengan apa yang disebut Paleolitik di Eropah dan Asia. Alat batu tertua, yang dikenali sebagai alat batu Oldowan, terdiri sekurang-kurangnya daripada batu-batu yang menunjukkan kesan repihan-repihan sepanjang satu sisi atau lebih, serpihan batu tajam yang diketuk dari teras yang menhgasilkan serpihan yang digunakan untuk tujuan pemotongan, serta tukul batu yang mempunyai banyak kesan ketukan pada permukaan tukul tersebut. Alat Penetak Rajah : Alat Batu Penetak      Ahli arkeologi mendefinisikan penetak sebagai alat yang digunakan untuk memotong. Penetak adalah alat batu yang terdapat dalam industri seawal zaman Paleolitik sekitar 2.5 juta tahun yang lalu. Spesimen-spesimen yang paling awal ini terdapat di Olduvai Gorge di Tanzania oleh Louis Leakey p

FASA PENYELIDIKAN ARKEOLOGI DI MALAYSIA

Pengajian arkeologi di Malaysia telah pun menjangkau lebih dari satu kurun. Ini terbukti apabila telah wujud kajian mengenainya semenjak tahun 1840an seperti yang dilakukan oleh Kolonel James Low iaitu seorang purbawanis atau peminat barang antik yang telah melaporkan beberapa penemuan barangan purba di Seberang Prai dan Kedah. Laporan ini sangat penting buat penyelidikan arkeologi bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia Tenggara. Ini kerana penemuan tersebut telah meletakkan Malaysia sebagai negara paling awal menjalankan penyelidikan arkeologi.      Perjalanan sejarah penyelidikan arkeologi bermula pada 1840-an dan berterusan sehingga hari ini berjaya menghasilkan beberapa sintesis, hipotesis dan teori berkaitan zaman prasejarah dan protosejarah Malaysia. Tempoh selama 160 tahun itu boleh dibahagikan kepada beberapa tahap.      Profesor W.G. Solhiem mengutarakan bahawa fasa perkembangan arkeologi di Malaysia boleh dibahagikan kepada 4 fasa iaitu; Fasa 1 dari tahun 1840an hingg

KAEDAH PENTARIKHAN RELATIF

Image
PENTARIKHAN RELATIF      Pentarikhan yang kedua iaitu pentarikhan relatif pula adalah pentarikhan yang berdasarkan perbandingan. Sesuatu tapak atau artifak itu dibandingkan antara satu sama lain dengan bagi menentukan samada lebih tua atau muda. Dalam erti kata lain, pentarikhan ini tidak memberikan tarikh yang mutlak. Terdapat beberapa sub-jenis pentarikhan relatif iaitu sistem tiga zaman, stratigrafi, urutan tipologi dan seriasi. Sistem Tiga Zaman/ Three Age      Sistem ‘three age’ atau tiga zaman merupakan satu kaedah yang telah diperkenalkan oleh pedagang Denmark, iaitu Christian Jurgensen Thomsen pada 1836. Kaedah pentarikhan ini menyusun sesuatu artifak  mengikut zaman ia dihasilkan seperti Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi.      Kekurangan daripada artifak ini ialah terdapat sesetengah sesetengah tempat yang melangkau peringkat zaman tertentu atau tidak melalui zaman tersebut. Contohnya, masyarakat di sub-Africa-Sahara beralih dari Zaman Batu terus ke Zaman Bes