ETNIK ATAU WARGA?



Pada 2018, negara ini baru sahaja mengalami kejutan politik dalam pilihanraya akhir-akhir ini. Kerajaan pimpinan parti politik yang selama ini dikatakan begitu ‘hebat’ dan ‘kebal’ telah ditumbangkan oleh parti baharu pilihan rakyat yang ingin melihat transformasi sebuah negara dan pucuk pimpinan yang lebih baik.

Usai kemenangan yang dicapai oleh ‘bekas pembangkang’, maka banyaklah jari-jari yang memuat naik status ke laman Instagram masing-masing. Antara gimik yang paling kerap dan ghairah di’upload’kan ialah “I am not a Malay/Chinese/Indian, I am Malaysian”.

Yang menjadi soal ialah sejak bila kita perlu menghapuskan identiti kaum kita untuk menjadi seorang rakyat di sebuah negara yang bernama Malaysia? Sedangkan perlembagaan mengiktiraf hak pelbagai kaum di Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa Malaysia tidak hanya dibentuk oleh tiga kaum sahaja. Selain Melayu, Cina & India, masyarakat Malaysia juga terdiri daripada Orang Asli (Semai, Jakun dan Senoi), bumiputra Sabah & Sarawak (Kadazan, Iban, Bidayuh, Murut, Dusun, Bajau & lain2).

Dalam perlembagaan, telah dinyatakan bahawa kedudukan & hak istimewa kaum Melayu, Orang Asli dan bumiputra Sabah/Sarawak akan terpelihara. Perkara-perkara yang berkaitan dengan hak-hak golongan ini akan dijaga oleh para Raja Melayu dan dilindungi oleh perlembagaan Malaysia.

Perkara di atas bermakna perlembagaan kita mengiktiraf wujudnya pelbagai kaum di Malaysia, jadi tidak perlu untuk sesiapa untuk tidak mengakui identity kaum masing-masing hanya untuk bergelar ‘rakyat’ Malaysia.

Untuk mereka yang begitu ghairah men’upload’kan gimik “I am not a Malay/Chinese/Indian, I am Malaysian”, mungkin mereka boleh menerangkan bahawa apa itu konsep, makna dan bentuk ‘Malaysian’ itu? Atau istillah itu hanya sekadar merupakan satu trend yang menjadi ikutan sahaja?

Untuk pengetahuan umum, konsep ‘Bangsa Malaysia’ sebenarnya telah lama dialung2kan oleh Perdana Menteri kita, iaitu YAB Tun Dr.Mahathir Mohamed. Pada tahun 1995, dalam akhbar The Star, Tun telah menyatakan bahawa “Bangsa Malaysia means people who are able to identify themselves with the country, speak Bahasa Malaysia and accept the Constitution.

Pada tahun 1988, jauh sebelum 1995, ucapan beliau “…..when we attained idependence, we made agreement to accept Malaysia as the official name of the country, a Malaysian nation as our nation, and Bahasa Malaysia as our national language. All this term originated from the name of the largest indigenous community in the country namely the Malays. To accept Malaysia, to be called Malaysians and to be used Bahasa Malaysia does not make us Malay. We ethnically remain as Chinese, Indians, or Ibans, or Kadazans and so fourth. We are only Malaysian nation in the sense of a political identity based on a specific country. There is therefore no reason why we should be apprehensive about losing our ethnic identity.”

Jika benar istillah ‘Malaysian’ ini memerlukan seseorang itu untuk memiliki meritokrasi atau kelayakan yang tinggi, mengapa seorang individu yang memiliki ijazah di peringkat Doktor Falsafah masih dipertikaikan kelayakannya untuk menjawat jawatan Menteri Pendidikan?

Jika benar bahawa konsep ‘Malaysian’ mahu direalisasikan di negara ini, maka hal itu boleh dibuktikan dengan tidak memberi pengiktirafan yang diinginkan oleh Sekolah Vernakular supaya peperiksaan di sekolah tersebut dipisahkan daripada sistem Pendidikan Kebangsaan dalam perbincangan yang akan diadakan nanti.

Ingat bahawa negara kita adalah ‘multi-cultural’, tidak seperti negara lain yang mana kaum minoriti diasimilasi atau boleh dikatakan ‘dihilangkan’ identitinya hanya untuk hidup di negara tersebut. Di sini letaknya keunikan yang menjadi kebanggaan Malaysia di mana budaya kaum minoriti masih subur diamalkan, jauh berbeza dengan negara lain di mana kaum minoriti sering tertindas dek berlainan pertuturan, warna kulit dan agama.

Comments