Posts

LOKASI TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI DI MALAYSIA

Image
LOKASI TAPAK ARKEOLOGI DI MALAYSIA 1)        Gua Harimau, Lenggong, Perak Gua Harimau mula diekskavasi oleh Williams-Hunt pada 1951. Antara jumpaan yang terdapat dari tapak ekskavasi tersebut ialah 11 rangka fosil, kapak gangsa, beliung, tembikar serta sisa makanan. Bermula tahaun 1987, Universiti Sains Malaysia mula melakukan kajian lanjutan terhadap tapak ekskavasi tersebut. Gua Harimau merupakan satu tapak pra-sejarah yang penting di Malaysia. Ia merupakan lokasi yang menemukan kebudayaan zaman gangsa yang paling awal di negara ini. Pentarikhan radio-karbo yang dilakukan ke atas fosil di situ adalah berusia 3,000 hingga 4,000 tahun dahulu. Ekskavasi yang dilakukan turut menemukan pengkebumian yang merangkumi dua zaman iaitu zaman Neolitik dan zaman Gangsa. Ia juga ditemukan dengan artifak kapak gangsa yang lengkap dengan acuannya dalam keadaan tidak terganggu. Selain itu, alatan lain seperti tembikar, kalong, anting siput dan gelang jug...

JENIS-JENIS BATU

Image
Jenis batu-batuan di Malaysia Batuan tertua di Malaysia mula diendapkan sebagai sedimen di Langkawi sekitar 550 juta tahun dahulu atau disebut sebagai ‘Zaman Kambria’ pada skala geologi. Evolusi geologinya bermula dari pembentukan jasad batuan yang tertua, dan diikuti oleh pembentukan unit batuan yang lebih muda dan akan berterusan dari semasa ke semasa. Struktur atau ciri tertentu akan turut terhasil selama tempohproses pembentukan batuan tersebut. Pada dasarnya, batuan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : Batuan Igneus Batuan Igneus menghablur daripada batuan lebur yang disebut sebagai magma. Cara penyejukan magma akan menentukan jenis-jenis batuan igneus yang terbentuk. Misalnya, batuan igneus plutonik (rejahan) terbentuk apabila magma menghablur di dalam kerak bumi. Batuan Igenus volkanik (terobosan) pula terbentuk apabila magma yang sampai ke permukaan bumi yang mengalir sebagai lava mengalami proses penyejukan dan penghabluran secara pantas. Sub-jenis ba...

HUMAN FAMILY TREE

Image
Teori Human Family Tree ini merupakan satu teori yang dikemukakan oleh Charles Darwin yang berkaitan tentang evolusi yang dialami oleh moyang manusia berjuta-juta tahun dahulu. Teori ini mengaitkan manusia berevolusi daripada haiwan primat iaitu beruk. Namun teori ini dipertikaikan kebenarannya kerana ketiadaan fakta sahih  dan tentangan daripada ahli ilmuan agama terutamanya dari Islam yang menetapkan bahawa manusia berasal dari keturunan manusia yang sempurna akal dan fizikalnya iaitu Nabi Adam A.S dan Hawa. Teori ini dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Ardhipithecus, Australopithecus, Paranthropus dan yang terakhir ialah Homo. Kelas Ardipithecus Kelas spesies yang tertua dalam teori Human Family Tree. Ia menghuni bumi sekitar 7 hingga 4 juta tahun dahulu. Antara sub-spesies ini ialah: - Sahelanthropus-tchadensis(6 - 7 juta tahun dahulu)   adalah sub-spesies yang tertua. Menetap di Barat-Tengah Afrika yang merupakan Negara Chad pada hari ...

PENGENALAN KEPADA ARKEOLOGI

APA ITU ARKEOLOGI? Perkataan 'Arkeologi' berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'archaios' dan 'logos' yang bermaksud purba dan ilmu. Arkeologi ialah ilmu kajian tentang masa lampau berdasarkan peninggalan lama yang telah ditinggalkan  daripada waktu silam dengan menggunakan pendekatan eksavasi atau cari gali. Ilmu ini tidak hanya berfokuskan kepada aspek kebendaan yang bersifat buatan manusia(artifak) sahaja tetapi juga yang bersifat bukan buatan manusia(non-artifak/ eko-fak). 1)        Arkeologi Baru Arkeologi Baru juga dikenali sebagai ‘processual archaelogy’ ditemukan oleh Lewis Binford pada 1960. Kaedah ini menekankan kepada penyelidikan yang bersifat saintifik berdasarkan data yang diperoleh dengan sistematik dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang lain seperti ilmu sejarah, geologi dan lain-lain. Dengan penggunaan pelbagai pendekatan yang lain, maka pengetahuan tentang arkeologi akan dapat diketahu dengan lebih jelas dan tepat. ...