Posts

PEKING MAN

Image
Ilustrasi gambaran hidup Homo-Erectus (Peking Man) di Zhoukoudian. Pada tahun 1929 hingga 1937, 14 serpihan kranium, 11 rahang bawah, banyak gigi, beberapa tulang rangka dan banyak alat batu ditemui di bahagian bawah satu gua di Locality 1 (Tempat 1) dari tapak penemuan rangka Peking Man di Zhoukoudian, berhampiran Beijing, di China. Umur mereka dianggarkan berusia di antara 500,000 hingga 300,000 tahun yang lampau. Sejumlah fosil manusia moden (homo-sapiens) juga ditemui di bahagian atas satu gua di tempat yang sama pada tahun 1933. Fosil yang paling lengkap, yang semuanya adalah rangka otak atau skullcaps, adalah: ·          Tengkorak III, yang ditemui di Locus E pada tahun 1929 adalah remaja atau remaja dengan saiz otak 915 cc. ·          Tengkorak II, ditemui di Locus D pada tahun 1929 tetapi hanya dikenali pada tahun 1930, adalah orang dewasa atau remaja dengan saiz otak 1030 cc. · ...

KAEDAH PENTARIKHAN MUTLAK

Pentarikhan Mutlak Di dalam ilmu pengajian arkeologi, antara aspek yang terpenting dan utama ialah usia sesuatu artifak itu. Oleh itu, ahli arkeologi menggunakan kaedah pentarikhan bagi mengetahui tentang usia artifak tersebut. Dua kaedah pentarikhan yang digunakan iaitu pentarikhan mutlak dan pentarikhan relatif bagi mendapatkan pentarikhan yang tepat dan cukup meyakinkan. Pentarikhan yang pertama ialah pentarikhan mutlak yang juga dikenali sebagai pentarikhan kronometrik. Kaedah pentarikhan ini menggunakan prinsip radiasi. Antara sub-jenis pentarikhan ini ialah radiokarbon (c-14), termoluminescence (TL), uranium-series dating dan sebagainya. Kaedah Radiokarbon (c-14) Pentarikhan radiokarbon atau juga dikenali sebagai pentarikhan karbon 14 ialah salah satu jenis pentarikhan yang kerap digunakan dalam bidang pentarikhan arkeologi. Kaedah ini diperkenalkan oleh Willard Libby iaitu seorang ahli kimia Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua. Pentarikhan ini berfungsi deng...

JENIS-JENIS MANUSIA

Image
JENIS MANUSIA PRA-SEJARAH ‘Homo’ merujuk kepada manusia dan bukan beruk. Ia terdiri daripada pelbagai sub-jenis antaranya Homo-Habilis, Homo-Erectus, Homo-Floresiensis dan yang terakhir ialah Homo-Sapiens yang merupakan nenek moyang kepada manusia moden. Selain itu, terdapat juga spesies manusia yang lain seperti Homo-Neanderthalensis dan Homo-Heidelbergensis. Setiap homo ini memilik ciri-ciri unik yang tersendiri dan memiliki ukuran kranial yang berbeza antara satu sama lain. 1)        Homo-Habilis Homo-Habilis berusia lebih kurang 2.3 hingga 1.4 juta tahun dahulu. Fosil manusia ini banyak ditemukan di benua Afrika. Antaranya ialah Olduvai Gorge dan Lake Turkana di Kenya. Pada tahun 1960, Louis Leakey menemukan tulang rahang yang diberi nama ‘OH7’. Mengikut fosil tersebut ditemukan bahawa ia mempunyai ciri-ciri Homo-Habilis seperti yang berikut iaitu: -          memiliki saiz kranial atau saiz...

LOKASI TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI DI MALAYSIA

Image
LOKASI TAPAK ARKEOLOGI DI MALAYSIA 1)        Gua Harimau, Lenggong, Perak Gua Harimau mula diekskavasi oleh Williams-Hunt pada 1951. Antara jumpaan yang terdapat dari tapak ekskavasi tersebut ialah 11 rangka fosil, kapak gangsa, beliung, tembikar serta sisa makanan. Bermula tahaun 1987, Universiti Sains Malaysia mula melakukan kajian lanjutan terhadap tapak ekskavasi tersebut. Gua Harimau merupakan satu tapak pra-sejarah yang penting di Malaysia. Ia merupakan lokasi yang menemukan kebudayaan zaman gangsa yang paling awal di negara ini. Pentarikhan radio-karbo yang dilakukan ke atas fosil di situ adalah berusia 3,000 hingga 4,000 tahun dahulu. Ekskavasi yang dilakukan turut menemukan pengkebumian yang merangkumi dua zaman iaitu zaman Neolitik dan zaman Gangsa. Ia juga ditemukan dengan artifak kapak gangsa yang lengkap dengan acuannya dalam keadaan tidak terganggu. Selain itu, alatan lain seperti tembikar, kalong, anting siput dan gelang jug...

JENIS-JENIS BATU

Image
Jenis batu-batuan di Malaysia Batuan tertua di Malaysia mula diendapkan sebagai sedimen di Langkawi sekitar 550 juta tahun dahulu atau disebut sebagai ‘Zaman Kambria’ pada skala geologi. Evolusi geologinya bermula dari pembentukan jasad batuan yang tertua, dan diikuti oleh pembentukan unit batuan yang lebih muda dan akan berterusan dari semasa ke semasa. Struktur atau ciri tertentu akan turut terhasil selama tempohproses pembentukan batuan tersebut. Pada dasarnya, batuan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : Batuan Igneus Batuan Igneus menghablur daripada batuan lebur yang disebut sebagai magma. Cara penyejukan magma akan menentukan jenis-jenis batuan igneus yang terbentuk. Misalnya, batuan igneus plutonik (rejahan) terbentuk apabila magma menghablur di dalam kerak bumi. Batuan Igenus volkanik (terobosan) pula terbentuk apabila magma yang sampai ke permukaan bumi yang mengalir sebagai lava mengalami proses penyejukan dan penghabluran secara pantas. Sub-jenis ba...

HUMAN FAMILY TREE

Image
Teori Human Family Tree ini merupakan satu teori yang dikemukakan oleh Charles Darwin yang berkaitan tentang evolusi yang dialami oleh moyang manusia berjuta-juta tahun dahulu. Teori ini mengaitkan manusia berevolusi daripada haiwan primat iaitu beruk. Namun teori ini dipertikaikan kebenarannya kerana ketiadaan fakta sahih  dan tentangan daripada ahli ilmuan agama terutamanya dari Islam yang menetapkan bahawa manusia berasal dari keturunan manusia yang sempurna akal dan fizikalnya iaitu Nabi Adam A.S dan Hawa. Teori ini dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Ardhipithecus, Australopithecus, Paranthropus dan yang terakhir ialah Homo. Kelas Ardipithecus Kelas spesies yang tertua dalam teori Human Family Tree. Ia menghuni bumi sekitar 7 hingga 4 juta tahun dahulu. Antara sub-spesies ini ialah: - Sahelanthropus-tchadensis(6 - 7 juta tahun dahulu)   adalah sub-spesies yang tertua. Menetap di Barat-Tengah Afrika yang merupakan Negara Chad pada hari ...

PENGENALAN KEPADA ARKEOLOGI

APA ITU ARKEOLOGI? Perkataan 'Arkeologi' berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'archaios' dan 'logos' yang bermaksud purba dan ilmu. Arkeologi ialah ilmu kajian tentang masa lampau berdasarkan peninggalan lama yang telah ditinggalkan  daripada waktu silam dengan menggunakan pendekatan eksavasi atau cari gali. Ilmu ini tidak hanya berfokuskan kepada aspek kebendaan yang bersifat buatan manusia(artifak) sahaja tetapi juga yang bersifat bukan buatan manusia(non-artifak/ eko-fak). 1)        Arkeologi Baru Arkeologi Baru juga dikenali sebagai ‘processual archaelogy’ ditemukan oleh Lewis Binford pada 1960. Kaedah ini menekankan kepada penyelidikan yang bersifat saintifik berdasarkan data yang diperoleh dengan sistematik dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang lain seperti ilmu sejarah, geologi dan lain-lain. Dengan penggunaan pelbagai pendekatan yang lain, maka pengetahuan tentang arkeologi akan dapat diketahu dengan lebih jelas dan tepat. ...